"ALLAH MEMBERIKAN HIKMAT KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN SESIAPA YANG DIBERIKAN HIKMAT ITU MAKA SESUNGGUHNYADIA TELAH DIBERIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK, DAN TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN MELAINKAN ULUL ALBAB"
(Surah al-Baqarah 2:269)

Sunday, April 18, 2010

Tazkirah


Salam,

Saya ingin berkongsi sedikit tazkirah dengan sahabat semua. Atikel ini ditulis ole Ust Hassan Haji Arshad (Unit Agama Islam UniMAP). Tazkirah ini berkisarkan "Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat".

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
  1. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
  2. Membaca surah al-Kahfi.
  3. Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
  4. Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
  5. Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.

3 comments:

Kembara Sang Musafir... said...

Ya Allah bantulah hambamu ini untuk membuat kebaikan.

fireflies said...
This comment has been removed by the author.
fireflies said...

Shimah.... terima kasih atas tazkirah ini.. Mungkin akak tak kuat nak buat semua tu..insyaAllah akak akan cuba perbaiki iman dengan sebaik mungkin insyaAllah...