"ALLAH MEMBERIKAN HIKMAT KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN SESIAPA YANG DIBERIKAN HIKMAT ITU MAKA SESUNGGUHNYADIA TELAH DIBERIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK, DAN TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN MELAINKAN ULUL ALBAB"
(Surah al-Baqarah 2:269)

Thursday, September 21, 2006

Perjalanan Masih Jauh...


Perjalanan masih jauh...ternyata banyak sungguh dugaan yang terpaksa dilalui...bilakah project aku ini nak siap??!! suatu pertanyaan yg sungguh tension...hehehe..sebab aku sekarang memang tengah tension...tak boleh nak 'run' programming...agak-agaknya dah sehari aku berhempas pulas mencari 'error' depan komputer ni...uhuhu, tapi ku belum jumpa dimana silapnya...nak aku menangis?? makkkk...tolong lahhh.tapi mak aku mungkin tak dengar jeitan batin ku...aku cuba pujuk hati ku...tak pe tak pe...tarik nafas 3x, ingat Allah banyak2 ,selawat banyak2...tapi cukup ker sekadar itu...kalau tanpa usaha. Ermm...tiba2 aku teringin nak minum milo panas, ahaa satu idea yang bagus...hehehe(buang masa ngan minum jee)...Milo panas satuu..(kene buat sendiri laaa...,kalu kat umah cakap macam tu, mak aku terus suruh adik aku yg buat kan hehehe..jahatnya kakak. Ok laa tu, balik sekali sekala..terasa mahu dilayan la pulak...hahaha.)

Aku terus menghirup dgn penuh nikmat.Alhamdullilah... terima kasih Ya Allah atas nikmatMu ini...Tiba2 ku terkenangkan ayahku yang sedang sakit dikampung...Air yg manis rasanya itu tiba2 bertukar menjadi tawar ditekakku...manakan aku boleh terus meneguk disaat ini, padahal ayahku terpaksa minum hanya dengan menggunakan tiub melalui hidung..Tapi ayah,ku tak pernah melupakanmu sesaat walaupun dalam kesibukan. Kau tetap dalam doaku...Bersabarlah.
Ku kembali dengan programming yang masih terpampang didepan komputer. Walau apa pun usaha mesti diteruskannn...ganbatte!!!!

Dan ingatlah..."Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Quran 2:286).

Wednesday, September 20, 2006

Dalam Diam


"Ujar lelaki, wanita itu lemah. Ujar wanita, mereka adalah lembut. Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya. Namun ada yang tidak rela mengakuinya".

Telah ditakdirkan, kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah, bersantai di hadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud, menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati, ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah.(Shukur.org)

Tuesday, September 19, 2006

Don't Be Sad - La Tahzan

Do not be sad,
Because sadness causes you to regret the past, to have misgivings concerning the future , and to make you waste away your present.

Do not be sad
Because it causes the heart to contract , the face to frown, the spirit to weaken, and hope to vanish.

Do not be sad
Because your sadness pleases your enemy, angers your friend, and makes the jealous rejoice.

Do not be sad
Because by being sad, you are complaining against the Divine decree , showing vexation at what is written to you. It takes you out of loving emotion. It is verdict against the blessings.

Do not be sad
Because grief cannot return to you the one that is lost or is gone away. It cannot resurrect the dead, it cannot change fate or bring any benefit whatsoever.

Do not be sad
Because sadness is often from the devil and is a kind of hopelessness.

Kepada pencari cinta sejati...
Bangkitlah membaiki peribadi,
Ubatilah hati,
Keluarlah dari kitaran sengsara,
Yang membelenggu diri
Moga cinta hakiki akan kau miliki

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA



Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

Lagu: Suara Hati

Monday, September 18, 2006

Trip to IIUM Kuantan Campus

Khamis,14 Septemper 2006
Postgraduate Student Society telah menganjur satu lawatan ke IIUM Medical Campus at Kuantan. Pada mulanya saya ni berat sikit untuk melibatkan diri dalam apa-apa program. Tapi disebabkan supervisor saya ade conference kat Langkawi selama 3 hari, so inilah peluangnya untuk 'melarikan diri' sekejap dari rutin harian.Hehehe...biasalah, kosong minda buat seketika.