"ALLAH MEMBERIKAN HIKMAT KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN SESIAPA YANG DIBERIKAN HIKMAT ITU MAKA SESUNGGUHNYADIA TELAH DIBERIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK, DAN TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN MELAINKAN ULUL ALBAB"
(Surah al-Baqarah 2:269)

Sunday, April 18, 2010

Tazkirah


Salam,

Saya ingin berkongsi sedikit tazkirah dengan sahabat semua. Atikel ini ditulis ole Ust Hassan Haji Arshad (Unit Agama Islam UniMAP). Tazkirah ini berkisarkan "Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat".

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
  1. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
  2. Membaca surah al-Kahfi.
  3. Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
  4. Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
  5. Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.

Thursday, April 15, 2010

Inspiring














Mulakan langkah dengan Bismillah...
DiAkhiri dengan Alhamdullillah...













Bersatu kita Teguh...
Bercerai kita roboh...
We Unite For Islam!!!

Third Anniversary 2010


As we learn, let us share.
As we take, let us give.
As we weep, let us care.
As we love, let us live.
Best Wishes On ur
Wedding Anniversary

Jejak kasih


Tepat jam 6ptg aku memasuki perkarangan UIA, tempat dimana tumpah darah air mata yang tidak pernah akan ku lupa. Disini lah tempat aku belajar erti kehidupan utk menjadi seorg pelajar yg matang. Tidak pernah sesekali terasa kekesalan dihati, kerana disini ku temui damai keislaman, ku temui sahabat sejati , ku temui cinta tiga segi, ku temui pembimbing terbilang, ku temui tokoh2 hebat...itulah UIA. 8 tahun aku bercinta dengan UIA selepas meninggalkan SPM. Sungguh bernas sekali!!!.
Tetiba telefon ku berdering, panggilan dr sahabatku K winda..."di mana kau skrg?? Aku tunggu di lift yaa".... sungguh gembira sekali aku bila mendengar suaranya.ntah macam mana winda ini sungguh cukup buat kan hati aku senng sekali. Kalu aku diberi masa ingin aku sentiasa bersamanya...cukup bersemangat!tidak penah kalah dengan keadaan sungguh aku kagum sekali!!! Apa yang aku patut ucap kepadanya???ahhh sungguh susah bagiku...kehilangan suami mcm mana untuk menhadapinya (detik di hatiku).
Sebetulnya aku sudah sampai dibawah, tp ngak kelihatan kelibat k winda...mungkin masih dilab.terus call.."saya sudah di lift" sambil menjenguk ke atas... oke aku turun yaa(k winda).
Jeng je jeng... k windaaaaaaaaa shimaaaaaaaa. 3 tahun tidak berjumpa..tiada kata yang dapat diucap.hanya keikhlasan dihati yang mampu berkata2. lamaaa...sungguh terharu...sungguh indah...ingin aku menangiss. Ayuk ke lab kita...uhh susah aku utk menerima kenyataan!!. Aku masih sukar untuk menerima kepermegian Prof. Dr Wahyudi...hanya Lab itu yang mampu menceritakan segala2nya.Apatah lagi k winda...ku tanya perkabaran k winda,keluarganya, hidupnya, anak2 nya, teman2nya, pensyarah2nya...waduh sungguh terharu sekali mendengarnya. Alhamdullillah, Allah itu Maha KAYA, PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. Prof Momoh yang sebegitu serius dan (digeruni semua org) bertanyakan khabarnya..lantas menyuruh k winda buat phd....semuanya sudah diatur..semua ingin membantu, menolong bahkan semua tangan-tangan dihulurkan kepadanya. Indah sungguh percaturan Allah. kami berbual hingga 10 mlm. Bayangkan hari Ahad pun di lab...jum balik.




Saturday, April 10, 2010

Industrial Visit



Minggu lepas adalah aktiviti yang sangat memenatkan. Aku dipertanggungjawabkan untuk melawat pelajar2 latihan industri tahun tiga. Sebanyak 13 syarikat aku harus lawati sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Port Klang. Sebenarnya perancangan awal ingin pergi bersama suami sgb peneman, tapi apakan daya minggu lepas adalah minggu yg paling sibuk baginya jadi terpaksa aku pergi bersendirian. Anakku, Muriyah ku titipkan bersama husbandku dirumah.
Ahad, jam 10 pagi aku bertolak dari rumah dan sekitar 2 jam aku sampai di Penang. Memandu seorg diri agak memenatkan tapi lagi menghiburkan jika ada peneman si sebelah. Aku cuba jadikan radio sbg penemanku...sudah lama tidak memandu sejauh ni. Biasanya tugas memandu, husbandku saja yang uruskan. Ahh tak der apa2..insyaAllah selamat sampai (doaku didalam hati). hari itu aku memandu dengan rileks (100km/j) cuma driving di lane yang ketiga sebab kukira tiada apa yg ingin aku kejar. Hujung minggu sebegini, banyak kereta yang mengarah ke Kuala Lumpur...iya maybe esok kerja sebab itu kereta bersusuk-susuk menuju ibu kota cinta.
Jam 5 ptg, aku sudah masuk ke area KL. Aku ingin terus ke UIA tempat kampusku dulu, ingin jumpa seseorg yang aku rindu, iaitu sahabatku Kak Winda a.k.a wife kepada arwah supervisorku. Tak sabar menunggunya...

Bingkisan tahun baru




Alhamdullillah, segala puji bagi Allah...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010"(biarpun sudah hampir setengah tahun). Tahun 2010 membawa seribu pengertian buatku. Banyaknya perjuangan yang akan diteruskan selagi kita bergelar pendidik.