Semalam saya dan husband pegi klinik panel untuk merawat si kecik. Bawah lehernya ade bintik2, dan merah2 . Biasanya saya gunakan bedak alken, kalu dibiarkan takut semakin teruk jadinya. Selepas maghrib kami bertolak n then sampai dlm 5 minit. tak jauh pun, kalu jalan kaki pun boleh sampai tapi tak larat laa..bila sampai sana, terdapat ramai org yg menunggu giliran.."uish! lama pulak kena tunggu ni"...bisik hati kecil saya sambil mengharapkan si kecik ni tidak meragam.
Sambil menunggu turn, saya melihat gelagat2 nurse/pembantu klinik...masing2 begitu buzy sekali sambil cakap2 ... Tetiba saya tertumpu pada salah seorg pesakit yg telah dipanggil untuk berjumpa doktor...kelihatan bertiga sebenarnya, pada fikiran saya mungkin babynya yg perlukan rawatan. Tak sampai 2 mins, mereka sudah keluar...hmm sakit apa yer, sekejapnya doktor buat pemeriksaan, maybe sakit biasa2 kot... n then lepas tu second pesakit pulak yg dipanggil. kali ni kelihatan seorg ibu dgn dua anak pompuan meluru masuh setelah dipanggil. Haaa..tak sampai 2 mins pun mereka dah keluar...woi cepat giler doktor ni check...
Saya cakap kat husband "Wah cepatnya diorg keluar, hmm ntah2 doktor dah siapa hafal nak bagi ubat apa. Tak check kot". . .
tetiba nama kami dipanggil, n then kami masuk kat bilik doc tu...woo..macam ofis la pulak. bukan apa..kat meja doc tu siap ade komputer dan perkakas2 apa ntah..tak penah pulak tengok bilik rawatan doctor macam tu...
"Mohamed el-shaikh? Sakit apa?""tanya doktor yang memang nampak kurang mesra alam.
"Bukan, Muriyah." jawab husbandku.
"Huh!, nape tak bagi tahu nama anak yg nak rawat. kenapa daftar nama you, ha dah tersilap kat database komputer ni.nnt kalu saya bagi ubat nnt bercelaru ngan you n anak you" jawab doktor dengan muka 'tension'."Aik apa pulak doktor ni, marah2. Tak penah lagi aku jumpa doktor yg sebegini". Bisik hatiku sambil melirik kearah husbandku yg mula berubah wajah.
Sakit apa? tanya doktor. "Doktor, kat leher ade bijik2 n then ade merah2". sambil tunjuk kepada doktor.. benda ni common je kat budak2... dah siap.
Dalam hati, aku ckp aku tak nak dtg da jumpa doc mcm ni sambil meluru keluar. Setelah selesai, pembantu klinik memberi sejenis krim...lupa la nama krim tu. Husbandku perhatikan krim yg beri. Lama jugak dia baca info krim tu...tetiba dia ckp, jangan guna krim yg dibagi. tarikh manufacture tak der kat situ...so tak boleh nak tahu sama ade krim tu dah luput tarikh atau belum..siap bagi warning lagi kat saya , don't use it for the baby. i dun trust the doc here . i will call my brother to check this. (His brother is actually a medical doc at sudan). Bukan apa, husband dah fobia ngan klinik2 ni..dulu pun masa pregnant pi check kat klinik panel jugak...n then doktor bagi ubat yg luput tarikh. marah giler laa husband saya...thats why dia tak trust...pastu banyak jugak kes2 lain yg terjadi kat diri dia sendiri di mana doktor penah bagi ubat salah kat dia...no more doctor no more clinic afta this. huhuhu..