"ALLAH MEMBERIKAN HIKMAT KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN SESIAPA YANG DIBERIKAN HIKMAT ITU MAKA SESUNGGUHNYADIA TELAH DIBERIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK, DAN TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN MELAINKAN ULUL ALBAB"
(Surah al-Baqarah 2:269)

Thursday, February 26, 2009

Daisypath Anniversary Years Ticker

84 Days More To Go...

Lilypie Expecting a baby Ticker
Tahun 2009 bagi saya adalah tahun rezeki. Pelbagai berita gembira dari hari ke hari yang saya dengar. Yang menariknya tentang tahun 2009 ni, semua teman saya tidak kira teman sepejabat, teman sekolah, teman bekas universiti bakal menimang cahaya mata termasuk diri sendiri. Bahkan 3 teman sepejabat saya telahpun selamat melahirkan permata hati mereka. Syukur pada Allah SWT. Saya?

Rupa-rupanya tanpa saya sedari, hanya tinggal 82 hari lagi untuk melakar hari yang bersejarah. Rasa seram, takut dan macam2 lagi bermain difikiran. Rasanya bukan saya sorang kot yang ada perasaan begini, bahkan semua bakal2 ibu ade perasaan demikian. Fasa 1 atau 'first trimester' telah saya lalui. Nak tahu apa yg terjadi...huhu..pada peringkat semua bakal ibu mengalami alahan. Sama ada teruk ataupun normal. Bagi saya, mmg tiada selera langsung, letih, pening dan macam-macam lagi. First time masuk dapur terus je rasa nak muntah...tak boleh tengok pinggan mangkuk... Apa kaitan dapur dengan mengandung kan? pelik. Yang kedua, alah tengok muka suami....bila tgk terus nak muntah. Apa lagi bila suami duduk sebelah terus muntah. kesiann...Jadi terpaksalah suami saya pakai minyak panas untuk nak cover. Siap standby minyak panas kat tepi lagi. Anyway, lepas je 3 bulan keadaan kembali normal...nak tahu apa terjadi...hmm.

Pada fasa 2 atau 'second trimester' keadaan kembali normal. Muntah2, pening2 pun telah hilang. Bahkan boleh memasak seperti biasa...pelik. Amalan rutin bagi bakal ibu2 akan pegi ke klinik ibu dan anak sebulan sekali. So, during the first buat checkup kat klinik, blood pressure (ok), blood sugar profile (ok), berat (unchange) tapi HB (hemoglobin) agak rendah dalam 10.9 . Menurut nurse yang bertugas, it is not gud to have low HB since masa tu baru 4 bulan. So kena makan banyak makanan yg kaya ngan zat besi (mmg la baru je habis alahan, macam mana darah nak banyak coz tak makan...huhu). Bila tahu HB rendah, terpaksa makan banyak sikit untuk nak increase bacaan HB. Selera ketika ini bertambah 2x berbanding dengan masa alahan. Apa yg terjadi bila third time buat checking?..hmm

Semasa selera bertambah, sebenarnya tak perasan berat naik secara mendadak. Bila sampai time buat check up kat klinik, semua normal (ok termasuk HB) cuma nurse expect tanda-tanda awal pasal diabetes (so bila berat naik mendadak, kena check takut2 there is a sign for diabetes that is very dangerous and risky for pregnant mother). So bakal2 ibu yang lain kena berhati2 pasal berat badan jugak...(masa tu saya tak tahu pun ade kemungkinan mcm ni). Untuk nak check sugar profile dalam darah, kena minum air glukosa (huhuhu..satu gelas kena habis kan, mcm nak muntah). Jadi, malam kena puasa untuk nak minum glukosa pada pagi keesokan harinya. Bila habis minum, kena tunggu 2 jam (tak boleh makan/minum) coz kena tengok result sebelum minum glukos dan selepas minum glukos...Result coming..huhu..bila dah minum glukos kandungan gula dalam darah tinggi...takut terkena diabetes. So doctor arahkan buat BSP (Blood Sugar Profile) untuk sehari...sebenarnya kalu dah kena buat BSP ni, kita kena pi check darah 4x dalam sehari...start pukul 8pg, 12 tgh, 5ptg dan 9mlm. Sebelum ambik darah kena puasa selama 2 jam dulu.huhu. Leceh la sebab dah kena control makan...so kadang2 masalah macam ni hanya ade masa pregnant ja...What next?

hmm...bila BSP dah ok...kembali normal, ingatkan semua dah ok. Bila buat check next month punya, semua kembali normal termasuk pertambahan berat badan, tetiba result HB semakin turun (9.8) kira sangat rendah la...n it is not gud since usia kandungan masuk 6 bulan.huhu..so again kena plan makan lagi...dugaan.

Alhamdullillah, sekarg ni sudah masuk fasa 3 atau 'third trimester'. apa yg saya rasa..baby inside sangat aktif...selalu moving2.kadang2 tak leh nak tidur macam biasa..yang geli hati, ade je rasa kreekk, krook...inside my stomach..so i feel not alone now, there is someone inside that always stay together with me and just to wait for 82 days more to go into real life...insyaAllah. May Allah bless you, my sweetheart.

Wednesday, February 04, 2009

My Love

An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone and the rooms are getting smaller

I wonder how, I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seem so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again, my love
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again, my love

I try to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking

I wonder how, I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seem so far

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

I'm reaching for a love seem so far

My Love...